Amaran Dr. Khir 13 Mei boleh berulang, Dr. M perlu kembali Umno?

G. MANIMARAN (mStar Online)

PETALING JAYA: Umno memerlukan pemimpin baru? Bekas Presidennya, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu kembali ke Umno?

Ia antara beberapa isu yang ditimbulkan oleg bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohd. Khir Toyo dalam blognya hari ini.

“UMNO memerlukan pemimpin baru bagi memberi nafas baru kepada parti dan juga rakyat. Bagi saya antara pemimpin dan parti, parti perlu lebih penting. Namun sanggupkah kita di bawah ini bersama melakukan perubahan?” kata Dr. Khir.

Kata beliau, “suka atau tidak, saya berpandangan peralihan kuasa perlu disegerakan. ”

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mempersetujui pelan peralihan kuasa Jun 2010.

Jelas Dr. Khir, Umno perlu diutamakan manakala keresahan rakyat perlu diredakan dengan pembaharuan dijalankan dengan segera.

Krisis yang bermula dalam Umno kini telah merebak dalam Barisan Nasional (BN), kata beliau dan menambah, “saya bimbang ledakan ini tidak dapat ditampung dengan kekuatan yang ada sama ada dalam Umno mahupun dalam BN.”

Abdullah merupakan Presiden Umno dan Pengerusi BN.

Sambil menggariskan nama empat pemimpin dalam tulisannya itu, Dr. Khir berkata, beliau berharap agar Dr. Mahathir menggunakan pengalaman beliau selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, terlibat sendiri dengan peristiwa 13 Mei dan melibatkan diri sama pada krisis kepimpinan yang ada pada hari ini memainkan peranan yang lebih jelas untuk menyelamatkan parti dan juga negara.

“Saya berharap Tun Dr. Mahathir akan kembali kepada UMNO bagi membantu pemulihan parti.

“Saya bimbang jika kita lewat melakukan sesuatu, peristiwa rakyat berada di jalan akan berulang dan ia akan mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Dr. Mahathir keluar Umno Mei lalu.

Tambah Dr. Khir, beliau berharap pucuk pimpinan sedar dan mengambil langkah yang lebih berani dalam memastikan parti akan terus kukuh, negara akan dapat diselamatkan dari ketidakstabilan politik.

Tags:

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: