ULANGTAHUN KE-39 TRAGEDI 13 MEI

‘KENYATAAN 13 MEI 2008 BERSAMA KETUA PKR, DAP & PAS’
PADA ULANGTAHUN KE-39 TRAGEDI 13 MEI

Hari ini adalah ulangtahun ke-39 peristiwa berdarah 13 Mei dan ia perlu diiktiraf dan diinsafi secara jujur oleh setiap rakyat Malaysia yang mencintai keamanan dan kedamaian, dan bukannya digembar-gemburkan sebagai satu kebanggaan untuk mana-mana kaum. Rusuhan kaum yang mengorbankan banyak nyawa pada tahun 1969 itu sepatutnya menjadi pengajaran kepada setiap rakyat Malaysia untuk menolak sebarang jenis politik perkauman.

Namun 39 tahun selepas kejadian ngeri itu, masih ada pihak yang cuba membangkitkan kemarahan kaum demi kepentingan kuasa politik mereka. Mereka terlupa bahawa dalam ‘tsunami’ politik pada 8 Mac lalu, sebahagian besar rakyat Malaysia termasuk orang Melayu Muslim telah menolak politik perkauman, dan yang bukan Melayu dan bukan Muslim telah menolak politik berunsur ancaman.

Sebaik sahaja DAP, PKR dan PAS – yang kini berjuang bersama dalam PAKATAN RAKYAT – menang lima negeri dan menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang lalu, telah ada usaha-usaha mengadakan demonstrasi jalanan dan kenyataan-kenyataan yang berasaskan politik perkauman. Namun, kuasa rakyat dan kematangan warga Malaysia yang benci keganasan telah berjaya mengawal keadaan dan mengekalkan ketenteraman situasi.

Sehubungan ini, kami dari Pakatan Rakyat dengan ikhlas dan tegas berjanji untuk mengamalkan dan melaksanakan lima prinsip-prinsip asas ini bagi mengelakkan ulangan tragedi 13 Mei di samping memimpin dan membawa rakyat menuju ke arah politik yang lebih matang dan jujur:

1.    Kami menuntut sebuah Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi untuk mengkaji dan memaklumkan kepada semua fakta-fakta sebenarnya tentang Peristiwa 13 Mei dan menjadikannya satu peninggalan sejarah yang membolehkan kami menumpu perhatian dan menghargai nilai-nilai seperti demokrasi, keadilan dan kebencian terhadap rasuah, dengan tujuan menyatukan semua rakyat Malaysia dalam satu masyarakat majmuk yang boleh digelar bangsa Malaysia.

2.    Kami cinta kedamaian serta benci sentimen keganasan kaum di samping mengutuk sebarang tindakan ganas pihak berkuasa yang mengalakkan ketegangan kaum serta melindungi mereka yang mewar-warkan isu-isu ketegangan kaum.

3.    Kami menegakkan prinsip ketuanan rakyat Malaysia dan nilai-nilai murni sejagat sebagai asas perpaduan rakyat Malaysia dan menolak tindakan-tindakan bersifat ekstremi atau aspek-aspek agama yang menyemarakkan api kemarahan di kalangan rakyat;

4.    Kami mendesak pihak berkuasa supaya bertindak adil dan tidak berat sebelah atau  tunduk kepada mana-mana kekuasaan politik dalam menjalankan tugas mereka;

5.    Kami menuntut supaya sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan terus dikekalkan di mana hasrat dan keinginan rakyat didukung dan diperjuangkan tanpa diskriminasi dan penganiayaan, serta sebarang peralihan kuasa mesti dijalankan dengan lancar dan penuh hormat.

Maka kita berikrar, dengan penuh tekad dan iltizam, bahawa Peristiwa 13 Mei tidak akan lagi menghantui pemikiran dan arena politik Malaysia atau diperalatkan oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab. Mulai sekarang, marilah kita raikan 13 Mei dengan aman, damai dan tenteram macam hari-hari biasa.

Tags: , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: