Sentimen 13 Mei, Wanita KeADILan gesa Mei Fun mohon maaf terbuka

Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Hrkh) – Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Datin Paduka Chew Mei Fun digesa memohon maaf secara terbuka berikutan hujahnya mengatakan peristiwa 13 Mei adalah bertujuan menakutkan pengundi Cina yang mempertimbangkan untuk mengundi pembangkang.

Gesaan itu dibuat berikutan kenyataannya dalam laporan berita akhbar China Press pada 21 Januari lalu, yang melaporkan bahawa Chew menyebut, “Ia bukanlah satu perkara yang baik sekiranya tidak ada wakil Cina yang mencukupi di dalam BN, masyarakat Cina tidak mampu lagi menanggung sebuah lagi insiden 13 Mei.”

Menurut Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Elizabeth Wong, amalan demokrasi yang sihat, ahli politik yang ikhlas tidak sewajarnya menggunakan tragedi silam untuk menakut-nakutkan pengundi.

Rakyat telah menunggu selama 30 tahun atas kebenaran dan persefahaman untuk bangkit semula daripada insiden tragis 13 Mei, katanya.

“Tetapi sekiranya rakyat terus menyokong BN, kita boleh dijamin dengan tidak adanya kebenaran, resolusi dan kesudahan eksploitasi politik oleh BN atas tragedi tersebut,” jelas Wong dalam satu kenyataannya di sebuah akhbar versi internet.

Beliau turut menyelar MCA yang mengunakan 13 Mei untuk menghantui pengundi sebagai sebahagian daripada perang saraf mereka setiap kali pilihan raya umum berlangsung.

Wong menggesa pengundi untuk tidak terpengaruh dengan pendapat pesimis Chew tersebut, sebaliknya memberi sokongan kepada agenda perubahan yang dijanjikan pembangkang.

“Dengan adanya lebih banyak pembangkang di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, BN akan lebih berhati-hati sebelum menggunakan sebarang isu perkauman murahan di kalangan rakyat,” jelas Wong.

Pengundi juga harus melihat isu yang membelenggu pilihan raya umum kali ini, antaranya inflasi dan kadar jenayah yang tidak terkawal selain polisi ekonomi yang tidak mampan, katanya.

Semua kemelut yang menghimpit rakyat itu adalah berpunca daripada salah urus kerajaan sekarang, katanya.- mks.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: